Teater Encore Melaka

11. Encore Melaka



               Encore Melaka merupakan sebuah bangunan yang baru dibuka Januari 2019. Berkonsepkan sebuah bangunan kotemporari moden dijadikan sebuah teater pementasan budaya berteknologi dan canggih. Menghadap ke laut selat Melaka yang indah dan gah sungguh. Suasana cantik serta serba mewah. Bukan saja cantik malah lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas dan kemudahan tempat letak kereta bertingkat. Ia percuma. Encore Melaka dibina berhampiran Pantai Klebang. Terdapat sebuah bandar baru berhampiran Encore Melaka iaitu dikenali sebagai Empression City.


          Teater di dalam auditorium Encore Melaka sangat membanggakan dengan cerita yang tidak ternilai tentang Negeri Melaka, teater yang mencerminkan masyarakat merangkumi kepelbagaian adat, budaya dan cara. Pertunjukan teater di Encore Melaka yang berlangsung selama 70 minit menceritakan tentang kisah lama yang hampir dilupakan generasi kini seperti kisah para pengembara terawal, misi diplomatik Laksamana Cheng Ho, penempatan adat dan pertemuan lintas budaya seperti Baba Nyonya serta perkahwinan Baba Nyonya yang bermula di Melaka.           


Rujukan : https://encore-melaka.com

Photographer: Muhammad Hanis bin Rusman

Credit:
Nor Azmarizal Bin Mohd Shizan (2019).  Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.

Comments

Post a Comment