8. Masjid Kg Hulu
Masjid Kampung Hulu di Melaka dibina pada tahun 1792 dan telah menjadi tarikan pelancong yang utama. Fungsinya masih sama sebagai tempat beribadat umat Islam tetapi keunikan serta keistimewaan masjid ini menyebabkan ramai pengunjung akan singgah ke masjid ini apabila sampai di Melaka.
Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia dan dijadikan salah satu bangunan warisan sejarah oleh pemerintah Kerajaan Malaysia. Kini menjadi salah satu tempat tarikan di Melaka. Masjid ini menjadi masjid tertua di Malaysia yang masih menjalankan fungsinya dengan baik. Anda akan dapat lihat yang masjid ini ada reka bentuk Cina yang kuat. Jubin seramik dan lantainya dikatakan menggunakan corak zaman dinasti Ching, manakala bumbung bertingkatnya mirip kepada rekaan ala pagoda. Anda pasti teruja melihat reka bentuk masjid ini yang sangat indah dan cantik.
Selain daripada keunikan reka bentuk, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara kerana mengambil air kolahnya bagi dijadikan penawar penyakit yang tidak dapat dirawati doktor perubatan. Hampir setiap hari ada saja orang ramai yang berkunjung ke masjid ini sama ada membawa botol kecil atau besar untuk mengambil air daripada kolah tersebut. Masjid baru sekarang tidak lagi menggunakan kolah tetapi saluran paip. Maka, masjid ini perlu anda semua lawati untuk rasai sendiri suasana sejarah yang wujud di masjid ini.
Rujukan: https://www.jomjalan.com.my/listing/masjid-kampung-hulu/
Credit:
Rujukan: https://www.jomjalan.com.my/listing/masjid-kampung-hulu/
Credit:
Muhammad Hanis bin Rusman (2019). Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.
Comments
Post a Comment