1. Kota A Famosa
Kota A Famosa dipilih sebagai pembukaan tirai kerana kota ini sudah lama dikenali sebagai tempat paling popular di negeri bersejarah ini. Kota ini merupakan simbolik bagi negeri Melaka dan sudah menjadi salah satu tempat yang wajib untuk bergambar. Apabila kita masuk ke dalam pintu gerbang kota A Famosa itu kita akan dapat menyaksikan beberapa orang berbangsa Bugis membuat pertunjukkan menyanyi lagu dalam bahasa mereka dan terdapat pelukis menjual lukisan kota A Famosa yang sungguh menarik.
Berikut merupakan gambar kota A Famosa daripada permukaan atas dan pada waktu malam. Lanjutan daripada itu, mari kita mengkaji serba sedikit tentang sejarah wujudnya kota A Famosa ini. Kota ini dibina pada tahun 1511 oleh penjajah Portugis yang pada waktu itu diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Kota A Famosa yang terkini hanya tinggal pintu gerbang dan batu-batu tembok sahaja di kaki Bukit St. Paul yang dikenali sebagai ‘Porta de Santiago’. Namun begitu, bahagian lain kota ini telah runtuh setelah Inggeris mengambil alih Melaka untuk sementara waktu. Sehubungan dengan itu, Inggeris telah mengambil peluang untuk merobohkan kubu pertahanan ini pada tahun 1806 kerana bimbang kota tersebut menjadi kubu kuat Belanda setelah Belanda mengambil alih semula.
Rujukan:
http://www.arkib.gov.my/web/guest/kota-a-famosa-melaka
Photographer: Muhammad Hanis bin Rusman
Rujukan:
http://www.arkib.gov.my/web/guest/kota-a-famosa-melaka
Photographer: Muhammad Hanis bin Rusman
Credit:
Muhammad Alif Irfan Bin Mohd Latip (2019). Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.
Comments
Post a Comment