3. Muzium Baba Nyonya Heritage
Credit:
Muzium Warisan Baba Nyonya adalah sebuah muzium swasta di kawasan Chinatown Melaka. Ia terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row. Baba-Nyonya Heritage Museum sebenarnya adalah satu barisan rumah-rumah kediaman yang dibina oleh Belanda yang kemudian dibeli oleh Peranakan kaya (keturunan pendatang Cina yang berkahwin dengan dengan orang Melayu tempatan selepas tiba di Melaka).
Baba dan Nyonya atau peranakan adalah keturunan Cina yang telah menerima budaya Melayu. Mereka mengamalkan kedua-dua adat Cina dan Melayu. Mereka terkenal kerana perabot mereka yang unik, gaya pakaian, dan makanan, adat perkahwinan dan masakan Cina serta Melayu.
Disini menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat tentang budaya dan sejarah negeri Melaka terutamanya masyarakat baba dan nyonya. Bagi anda yang tidak pernah mengenali Jadi datanglah ke muzium ini untuk mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai masyarakat Baba dan Nyonya. Tempat ini sesuai untuk seisi keluarga bagi menambah pengetahuan.
Rujukan: http://www.malacca.ws/attractions/baba-nyoya-muzeum.htmCredit:
Muhammad Hanis bin Rusman (2019). Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.
Comments
Post a Comment