Stadhuys Bandar Hilir Melaka

5. Stadhuys


         Stadhuys ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksama, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang halus.

        Bangunan Stadhuys berwarna serba merah dilengkapi sebuah menara jam telah dijadikan salah satu tempat bersejarah dan di iktiraf oleh UNESCO. Stadhuys telah menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan bangunan serta sejarah bangunan itu. Ia menjadi simbol terhadap Negeri Melaka.


        Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya dalam bidang pendidikan yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikenali oleh golongan paderi sebagai Melaka Free School (kini Melaka High School) dibina di perkarangan Bangunan Stadhuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang miskin. Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. 



Credit:
Nor Azmarizal BinMohd Shizan (2019).  Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan  Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.



Comments

  1. Melaka is an interesting city to explore,there's so many historical building there

    ReplyDelete

Post a Comment