Pantai Klebang merupakan pantai menarik di Melaka

10. Pantai Klebang





         Pantai Klebang ialah satu lokasi menarik untuk bercuti di Melaka. Pantai Klebang terletak di daerah Melaka Tengah. Lokasinya ialah di antara Bandar Melaka dan Sungai Udang berhampiran Pantai Puteri. Ia terbahagi kepada dua iaitu Klebang Kecil dan Klebang Besar. Pantai Klebang terletak di Klebang Besar. 




        Ramai yang datang ke Pantai Klebang ini untuk bersantai di tepi pantai. Terdapat beberapa tarikan pelancongan yang boleh dilawati seperti Muzium Kapal Selam dan Dataran 1Malaysia yang menjadi tempat tarikan terbaru di Melaka.




              Selain itu, Pantai Klebang juga popular dengan pasir pantainya yang putih. Tempat tersebut menjadi kegilaan ramai untuk menangkap gambar perkahwinan, pertunangan, photoshoot model dan banyak lagi. 



        Pantai ini sangat strategik untuk mengurangkan tekanan serta sebagai tempat beriadah bersama keluarga. Di sepanjang Pantai Klebang banyak gerai makanan dan minuman yang menarik untuk anda semua cuba. Rasailah keindahan alam disamping angin sepoi-sepoi bahasa yang akan menenangkan fikiran anda dari kesibukan bandar.               


Rujukan : https://www.maisinggah.com/pantai-klebang/

Photographer: Muhammad Hanis bin Rusman

Credit:
Nor Azmarizal Bin Mohd Shizan (2019).  Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.

Comments