4. Muzium Samudera.
Berdasarkan video tersebut, kita dapat menyaksikan bahawa Kapal Samudera itu agak tinggi. Replika Muzium Samudera ini memang tinggi dan agak gayat ketika berada di atas kapal tersebut kerana kapal ini dibina mengikut ketinggian sebenar dan beranggaran setinggi 3-4 tingkat bangunan. Di atas kapal ini anda akan dapat pemandangan tempat-tempat menarik yang berada di sekitar kawasan Bandar Hilir iaitu Menara Taming Sari, Sungai Melaka dan Laut Selat Melaka. Dalam kapal tersebut juga terdapat beberapa peti besi yang berusia beratus tahun yang masih kelihatan utuh sehingga hari ini. Peti besi ini berfungsi sebagai simpanan barang dagangan pihak Belanda pada zaman dahulu.
Rujukan: https://www.petai.net/2019/02/muzium-samudera-muzium-tldm-melaka.html
https://www.youtube.com/watch?v=xSx9GTTMcs4
Muzium Samudera atau dikenali sebagai Muzium Maritime telah dibina pada tahun 1990. Kapal ini dibina semula berteraskan kapal Portugis iaitu Flor de La Mar. Muzium ini sungguh menarik dan dibina betul-betul di tengah Bandar Hilir. Pengunjung akan berpeluang untuk menyaksikan bagaimana bentuk kapal pada zaman dahulu. Selain itu, pelancong atau pengunjung juga akan dapat maklumat berkaitan sejarah kerajaan Melaka yang hebat pada ketika dahulu. Terdengar seperti generasi-generasi baharu juga sesuai untuk pergi ke Muzium Samudera ini kerana akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka.
Rujukan: https://www.petai.net/2019/02/muzium-samudera-muzium-tldm-melaka.html
https://www.youtube.com/watch?v=xSx9GTTMcs4
Credit:
Muhammad Alif Irfan Bin Mohd Latip (2019). Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.
Comments
Post a Comment