7. Melaka River Cruise
Rugi apabila kita sudah sampai di Melaka tetapi tidak bersiar-siar di sepanjang sungai Melaka. Kamu semua yang sedang membaca blog ini sudah tentu akan tertanya-tanya macam mana nak jalan mengelilingi sungai Melaka yang panjang tersebut. Jangan risau, Melaka River Cruise akan membawa anda sekeluarga untuk menikmati pemandangan indah yang terdapat di sepanjang sungai Melaka ini. Masa yang paling sesuai untuk menaiki Melaka River Cruise adalah pada sebelah malam kerana pada waktu ini anda akan dapat menyaksikan mural-mural yang terdapat pada bangunan di sepanjang sungai Melaka dengan bantuan cahaya warna-warni yang memancar mural pada bangunan tersebut. Bukan sahaja itu, anda sekeluarga juga akan dapat menyaksikan bangunan-bangunan warisan, gudang-gudang lama, gereja dan kawasan perkampungan.
Walaupun sedemikian, sekiranya ada tidak berkesempatan untuk menaiki kapal Melaka River Cruise pada waktu malam, anda boleh sahaja menjalankan aktiviti ini pada sebelah petang. Perkara ini kerana pemandangan yang disediakan pada sebelah petang tidak kurang hebatnya seperti gambar di atas. Sebenarnya, pada waktu ini anda sekeluarga akan dapat menikmati pemandangan kemegahan bangunan-bangunan klasik, mural pada bangunan tersebut, bangunan-bangunan warisan, gudang-gudang lama, gereja dan juga kawasan perkampungan dengan lebih jelas. Anda dinasihatkan untuk tidak duduk dibahagian paling depan kapal tersebut jika tidak ingin baju anda basah kuyup dan kamera yang anda gunakan rosak.
Rujukan: http://melakarivercruise.my/journey.php#four
Photographer: Muhammad Hanis bin Rusman
Credit:
Muhammad Alif Irfan Bin Mohd Latip (2019). Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.
Comments
Post a Comment