6. Masjid Selat
Tidak lupa juga disini, Masjid Selat merupakan salah satu tempat yang wajib untuk anda semua pergi. Masjid ini didirikan di atas laut Selat Melaka dan seolah-olah kelihatan terapung seperti dalam gambar tersebut. Masjid ini sememangnya didirikan untuk tempat beribadat oleh umat Islam, tetapi masjid ini juga dibuka tanpa mengira agama untuk menyaksikan kemegahan dan keunikan masjid tersebut.
Seni bina masjid ini kelihatan unik disebabkan gabungan diantara elemen seni bina daripada Timur Tengah dan Melayu. Selain itu, ada juga hiasan yang dibuat daripada buluh dan ukiran kayu. Bagi pelancong yang bukan Islam tidak perlu risau untuk masuk ke dalam Masjid ini kerana di sini ada disediakan tudung dan telekung. Penggunaan telekung tersebut tidak dihadkan selama berada di sekitar masjid tersebut. Barulah para pelancong dapat menyaksikan hiasan dan keunikan masjid tersebut dengan jelas apabila dapat masuk ke dalam.
Bagi umat Islam rancanglah perjalanan anda sebaik-baiknya dengan tidak lupakan untuk mendirikan solat di masjid ini selama perjalanan anda di Melaka. Solat disini sungguh selesa disebabkan tiupan angin laut yang akan menyebabkan suasana masjid tersebut menjadi lebih tenang. Selepas itu, jika beristirehat di masjid ini pada waktu senja anda akan dapat melihat pemandangan yang sungguh cantik kerana pada waktu ini anda akan dapat menyaksikan matahari terbenam dengan jelas.
Rujukan: https://www.jomjalan.com.my/listing/masjid-selat-melaka/
Rujukan: https://www.jomjalan.com.my/listing/masjid-selat-melaka/
Credit:
Muhammad Alif Irfan Bin Mohd Latip (2019). Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan,
Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.
Comments
Post a Comment