Jonker Walk Melaka

12. Jonker Walk





                     Jonker Walk itu adalah sebenarnya dikatakan sebuah pasar budaya ala-ala pasar malam yang dibuat di kawasan Chinatown, terutamanya di sepanjang Jonker Street. Ianya adalah barisan majoriti peniaga cina yang bertumpu berniaga di sepanjang Jalan Hang Jebat atau dikenali sebagai Jalan Jonker.

                                    

                       Selain Jalan Hang Jebat, jalan-jalan lain juga terlibat di dalam aktiviti peniaga-peniaga pasar malam yang mendirikan meja berniaga, susunannya sama seperti pasar malam yang biasa kita lihat di mana-mana tempat. Cuma bezanya ialah di situ tiada barangan mentah dijual seperti daging, ayam, bawang dan sebagainya. Boleh disaksikan ramai peniaga cina yang menjual kain baju, barangan aksesori tiruan, makanan yang menarik seperti di dalam video dan macam-macam.                                          


Credit:

Nor Azmarizal Bin Mohd Shizan (2019).  Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan  Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.


Comments