2. Menara Taming sari
Oleh kerana Melaka tidak mempunyai banyak bangunan tinggi seperti Kuala Lumpur, menara dengan teknologi Swiss ini adalah antara cara terbaik untuk anda melihat kota Melaka dari pandangan dari atas. Menara ini merupakan tarikan pelancong dan tempat menarik di Melaka. Rakyat Negeri Melaka dan juga para pelancong dapat melihat sendiri panorama menghijau termasuk deretan tempat bersejarah di Melaka dan juga tempat menarik di Melaka dari atas bandar Melaka.
Walaupun pelawat kadangkala agak ramai, jangan risau. Anda selalunya tidak perlu menunggu lama kerana menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat. Masa anda di atas pun singkat — hanya 7 minit sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke manara ini bagi melihat sendiri panorama Melaka Bandaraya Bersejarah. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Rujukan: http://www.mbmb.gov.my/ms/pelancongan/destinasi-menarik/menara-taming-sari
Rujukan: http://www.mbmb.gov.my/ms/pelancongan/destinasi-menarik/menara-taming-sari
Credit:
Muhammad Hanis bin Rusman (2019). Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan, Bahasa Melayu (A), Ambilan Jun 2019.
Comments
Post a Comment